RANCANGAN PEMAJUAN

RANCANGAN PEMAJUAN MPSPK

Rancangan Pemajuan sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 ( Akta 172 ), perlu mengandungi dasar-dasar dan cadangan-cadangan bagi memenuhi keperluan ekonomi dan sosial penduduk melalui pembentukan struktur fizikal yang selesa. Subseksyen 2 (1) Akta 172 memperuntukkan “rancangan pemajuan“, berhubung dengan sesuatu kawasan, bermaksud :-

  • Rancangan tempatan bagi kawasan itu;
  • Jika tiada rancangan tempatan bagi kawasan itu, rancangan struktur bagi kawasan itu, dan
  • Berhubung dengan mana-mana tanah atau bangunan, ertinya
  • Rancangan pemajuan, sebagaimana yang ditakrifkan sedemikian, bagi kawasan di mana tanah atau bangunan itu terletak.

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH (RTD) KUALA MUDA, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH (RTD)

Penyediaan Rancangan Tempatan Daerah (RTD) merupakan peringkat ketiga dalam sistem perancangan guna tanah dan fizikal negara seperti mana diperuntukkan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) iaitu selepas Rancangan Fizikal Negara (RFN) dan Rancangan Struktur Negeri (RSN).

Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda, Kedah 2035 (Penggantian) akan menggantikan Rancangan Tempatan terdahulu yang disediakan dalam kawasan Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Sila kunjungi Jabatan Perancangan Bandar di Aras 2, MPSPK bagi mendapatkan maklumat terperinci dan dokumen ‘softcopy’ dalam format PDF (jualan Cakera Padat).

RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) TANJUNG DAWAI

RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK)

Penyediaan Rancangan Kawasan Khas (RKK) ini disediakan di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) mengikut seksyen 16B (i), (ii) dan (iii) di mana ia merupakan suatu rancangan pemajuan yang terperinci untuk tujuan pelaksanaan.

Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanjung Dawai ini membolehkan PBPT menyegerakan sesuatu tindakan perancangan ke atas sesuatu kawasan bagi tujuan sama ada untuk memajukan segera, memajukan semula, memperelokkan lagi atau memelihara atau bagi tujuan pengurusan khususnya di kawasan Tanjung Dawai. Penyediaannya dan kuatkuasanya sama seperti mana Rancangan Tempatan.

Sila kunjungi Jabatan Perancangan Bandar di Aras 2, MPSPK bagi mendapatkan maklumat terperinci dan dokumen ‘softcopy’ dalam format PDF (jualan Cakera Padat).

RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) PEKAN KOTA

RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK)

Penyediaan Rancangan Kawasan Khas (RKK) ini disediakan di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) mengikut seksyen 16B (i), (ii) dan (iii) di mana ia merupakan suatu rancangan pemajuan yang terperinci untuk tujuan pelaksanaan.

Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pekan Kota ini membolehkan PBPT menyegerakan sesuatu tindakan perancangan ke atas sesuatu kawasan bagi tujuan sama ada untuk memajukan segera, memajukan semula, memperelokkan lagi atau memelihara atau bagi tujuan pengurusan khususnya di kawasan Pekan Kota. Penyediaannya dan kuatkuasanya sama seperti mana Rancangan Tempatan.

Sila kunjungi Jabatan Perancangan Bandar di Aras 2, MPSPK bagi mendapatkan maklumat terperinci dan dokumen ‘softcopy’ dalam format PDF (jualan Cakera Padat).