Laman web Sistem Carian Status Permohonan Penamaan Taman (SPPT) ini disediakan bertujuan untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian maklumat berkaitan penamaan taman kawasan pentadbiran MPSPK dengan lebih cepat dan telus. Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) sentiasa berusaha dari masa kesemasa untuk melengkapkan maklumat yang terkandung di dalam laman web SPPT ini. MPSPK tidak akan menanggung sebarang obligasi atau liabiliti dari segi ketepatan dan kesempurnaan maklumat yang terkandung di dalamnya.
Pengguna awam tidak harus bergantung sepenuhnya untuk membuat sebarang komitmen kewangan atau sebagainya menggunakan maklumat dari laman web SPPT ini. Jika terdapat percanggahan di antara maklumat dalam laman web SPPT ini dengan lain-lain rekod yang ada, MPSPK mempunyai hak mutlak untuk menentukan maklumat mana yang lebih tepat.
Tiada jaminan bahawa perkhidmatan laman web SPPT ini sentiasa berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Laman web SPPT mungkin akan mengalami kadar kelajuan yang perlahan bergantung kepada status 'servers' dan talian internet dari masa ke semasa. Oleh itu jangan bergantung sepenuhnya kepada laman web SPPT ini pada waktu-waktu kritikal.
Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) atau lain-lain pihak tidak akan bertanggungjawab secara terus atau sebaliknya keatas kerugian masa dan kewangan akibat dari penggunaan maklumat dari laman web SPPT ini.
Dengan mengakses ke laman web SPPT ini anda telah bersetuju dan faham dengan terma dan syarat-syarat penggunaan laman web SPPT yang telah ditetapkan. Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa pihak MPSPK tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada: Penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan laman web SPPT ini; Kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada laman web SPPT ini; Akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda; Kenyataan atau tindakan pihak ketiga di laman web SPPT ini; atau Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan laman web SPPT ini.