Sila Buat Pilihan Anda

GIS GEOESPi

GeoESPi (Sistem Maklumat Gunatanah) merupakan pembangunan Aplikasi Map Browser Sistem Kaunter Pertanyaan yang diwujudkan di Jabatan Perancangan Bandar MPSPK bagi membantu dalam perundingan perancangan pembangunan, perolehan maklumat perancangan gunatanah dan penyampaian maklumat yang lebih efisyen serta sistematik.

GIS Kawasan Lapang MPSPK

Menyediakan satu lapisan data GIS inventori lengkap berkaitan maklumat Kawasan Lapang di dalam kawasan pentadbiran MPSPK melalui satu rangkaian sistem aplikasi yang teratur bagi memudahkan penyampaian maklumat, pengemaskinian maklumat dan pembentangan pelaporan.


Semakan Status Permohonan Penamaan Nama Taman (Pemohon)

Sistem Semakan Status Permohonan Penamaan Taman (SPPT) ini disediakan bertujuan untuk meningkatkan lagi penyampaian maklumat berkaitan KELULUSAN permohonan penamaan nama taman di dalam kawasan pentadbiran MPSPK secara online.

Permohonan Penamaan Nama Taman (Staff MPSPK)

Sistem Carian Status Permohonan Penamaan Taman (SPPT) ini disediakan bertujuan untuk mengemaskini maklumat berkaitan permohonan kelulusan penamaan nama taman di dalam kawasan pentadbiran MPSPK secara online.


e-KMT
(Kebenaran Merancang Terhad)

Sistem ini diwujudkan bagi melaksanakan dan merekod data permohonan Kebenaran Merancang Terhad untuk kegunaan Jabatan Perancangan Bandar MPSPK sahaja.

e-Penguatkuasaan

Sistem ini diwujudkan bagi memantau dan memastikan pelaksanaan, penguatkuasaan dan pendakwaan yang lebih efisien, pemahaman yang jelas bagi kalangan pegawai penguatkuasa Jabatan Perancangan Bandar MPSPK terhadap prosedur, keperluan dan bidang kuasa yang diambil di bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172).


Rancangan Pemajuan Daerah Kuala Muda

Rancangan Pemajuan Daerah Kuala Muda yang telah diperuntukkan dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), perlu mengandungi dasar-dasar dan cadangan-cadangan bagi memenuhi keperluan ekonomi dan sosial penduduk melalui pembentukan struktur fizikal yang selesa.